Alhamdulillah, program Jom Jengah Desa anjuran Kelab De'Best berlangsung dengan lancar dan jayanya. Pihak homestay juga memberikan komen yang baik terhadap sikap dan tingkahlaku para peserta. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Homestay Laman Bangkinang yang menyambut mesra kedatangan kami. Tak lupa juga ucapan tahniah kepada semua peserta yang bersama-sama menjayakan dan memeriahkan program Jom Jengah Desa yang julung-julung kali diadakan oleh Kelab De'Best ini.
Video persembahan kebudayaan telahpun dimuatnaik dan boleh ditonton di bahagian Video Aktiviti. Gambar-gambar aktiviti akan dimuatnaik dalam masa terdekat.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua!