Pengenalan

Jom Jengah Desa adalah aktiviti selama 3 hari 2 malam bertempat di Homestay Laman Bangkinang, Negeri Sembilan. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta untuk menyelami keunikan adat dan budaya. Disamping itu, program ini dapat memberikan kesan positif dari segi kemahiran insaniah pelajar-pelajar di mana mereka akan mendapat pengalaman tinggal bersama keluarga lain serta harus mencuba untuk menyesuaikan diri dengan cara hidup, pegangan, tingkah laku dan amalan yang dilakukan oleh keluarga lain selama aktiviti ini berjalan.


Program ini adalah anjuran Kelab De'Best UiTM Kampus Melaka. 



Kelab De’Best UiTM Kampus Melaka merupakan sebuah organisasi yang ahlinya terdiri daripada para pelajar dalam kursus Diploma Pengajian Perniagaan (BM111) dari semester 1 sehingga semester 6 di bawah Fakulti Pengurusan Perniagaan. Kursus ini melatih para pelajar untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam bidang pengurusan perniagaan sama ada dalam sektor swasta mahupun sektor awam.